Saturday, July 31, 2010

Aku makin berselera!!

Semalam aku habiskan wet food aku dan aku juga makan sikit dry food aku. Hmm..aku makin berselera. Aku rasa Liv.52 Vet liquid, Kitzyme dan Lysine syrup yang aku makan dan membuahkan hasil

Wednesday, July 28, 2010

Tutorial: Merawat fungus

ni entry tuan aku..aku tak masuk campur..hahahaha

http://jareycatlovers.wordpress.com/2009/04/10/merawat-jangkitan-fungus-pada-kucing/


Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?
Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman Jarey, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..

Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Jarey menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).



Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)

Cara menggunakan :
- Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
- Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
- Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, Jarey mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.



Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kesimpulan :
Berikut adalah antara langkah2 alternative bagi anda yang mempunyai masalah untuk merawat fungus berdasarkan pengalaman Jarey.

Walau bagaimanapun cara anda merawat fungus pada kucing, Jarey tetap berpendapat adalah lebih baik sekiranya kucing anda setiasa bersih dan dijaga rapi dari sebarang kuman dan kotoran.. kerana ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’ betul tak???

Argh...aku sakit?

Hari ni tuan aku perasan ada sesuatu tak kena dengan aku. Bulu gugur di beberapa spot.
AKU DIJANGKITI FUNGUS!!!

FUNGUS/FUNGAL?

- Sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat
- Jika tidak dirawat boleh menyebabkan bulu gugur dan kurap

Rawatan oleh Klinik Haiwan Mesra
-Syampu Anti Fungal - 2 Kali seminggu
-Ubat minum - 2ml sekali sehari (pada hari ke-8 ubat akan dihentikan selama seminggu dan sisambung pada permulaan minggu ke-3, ini berulang sehingga 5 minggu)
-Vitamin untuk menambah selera makan

Caj dikenakan RM40

MAMPOSS tuan aku..dah banyak duit habis disebabkan aku..

Nasihat kepada pembaca:

Jangan biarkan kitten/kucing anda baring/tidur ditempat yang kotor/lembab/basah (seperti bilik air,bawah sinki dan sebagainya)
Kelembapan adalah kawan baik fungus!!

Adui..malam ni aku tidur dalam cage, sebab aku nakal sangat dan suka tidur dalam bilik air..

Liv. 52 vet liquid

Hahahha..aku lari masa tuan aku nak suapkan aku ubat ni. Giler tak sedap..semalam aku dah muntahkannye.. patutlah murah..RM12.90 je...hahhhaa

Tuesday, July 27, 2010

Shopping lagi weiii..hahahha

Hari ni tuan aku ke Mid Valley lak.. asalnya nak usha Himalaya Liv 52 vet liquid.



benda ni adalah persedian herba dan ia boleh:
1.Menjaga kesihatan hati
2.Meningkatkan fungsi hati
3.Membantu tumbesaran kucing
4.Menaikkan selera makan kucing
5.Mencegah penyakit hati
6.sesuai untuk kucing yang baru lepas pembedahan

Tuan aku bagi aku minum pakai picagari...uwekk..tak sedap..sempat aku sembur keluar.

Harga dekat Pets Wonderland: RM 12.90

Macam biasa la..tuan aku mesti terlebih belinya..
Asalnya dia nak beli treat Greenies untuk aku..



Harga kat Pet Wonderland: RM 15.60

Tuan aku cakap harga cam tak munasabah lak. So dia beli Hartz Crunch 'n Clean



Benda ni macam twistiest la..junk food..tapi ada khasiatnya:
1.Cegah plak dan tartar pada gigi kucing (sama macam produk Greenies)
2.Membekalkan vitamin tambahan dan taurine (penting untuk kucing)

Aku sangat suka treat ni..sedap weii..setiap kali tuan aku bagi makan 5 ketul..sehari dua kali je..

Harga kat pet wonderland RM 13.20 (murah 2 ringgit dari greenies)


Last sekali dia beli mainan baru untuk aku. Kat rumah dah ada cat tree,bola loceng dan teaser..so tuan aku cakap nak beli utk aku self play.
Rupanya mainan aku terbahagi kepada 3 jenis:

1.Interactive (melibatkan tuan aku)
2.Swat (aku main sorang)
3.Hunting (aku main sorang)

So dia belikan aku mainan jenis swat Hartz Birds of a Tether



Harga kat pets wonderland RM 14.90 (ada 10% diskaun)

Sebelum ini aku cakap aku ada kurap (ringworm), so tuan aku beli Betadine.
Untung beli benda ni..manusia boleh pakai, aku pun boleh pakai.




Kat Waston harga dia RM 9.50

Total kali ni RM 49.80

HAHAHAHHAHAHA

Monday, July 26, 2010

Alahai..kurap

Tadi tuan aku spot kurap (ringworm) kecil kat bahagian belakang aku. apa lagi..tuan aku start risau la.. dia start tanya pakcik google. Banyak suggestion yang suruh hantar vet, beli ubat dekat petshop tapi yang ini lagi menarik....

BETADINE

Sebenarnya ini multipurpose antiseptic dan ubat kurap untuk manusia, tp abang Jamil cakap dah bertahun dia pakai ubat ni. Boleh dapat kat farmasi lak tu..yang penting murah!!



Esok tuan aku nak pergi beli..

Friday, July 23, 2010

Ambek ko...penangan aku

Aku memang memilih bab makan ni..aku makan sikit je royal canin babycat 34 tu.. susu aku dah tak sentuh..tuan aku half day hari ni..hahahhaha.. apa lagi dia usha supplement untuk bagi aku berselara melantak..dia mintak sample pack makanan Innova Evo for kitten untuk aku..hahaha..aku tak makan sangat pun EVO..aku test then aku blah..

Apa dia beli hari ni? jom kita tengok..

1. Kitzyme Conditioning Tablets 100 tabs RM 19

- Ni supplement untuk kucing, dia ada fish oil, vitamin B dan macam2 lagi. Khasiatnya? bebudak forum..boleh menggemukkan kucing.
Kebaikan?
Meningkatkan kesihatan dan kecantikan bulu dan kulit
Sebagai zat tambahan kepada kucing yang sakit dan kurang zat
Membantu sistem pertahanan badan
Boleh mengurangkan nervous kucing

Review dari aku..sedap..rasa macam ikan..tapi aku boleh makan sebiji sehari je untuk kitten bawah 3 bulan.

Sukatan yang betul :
Kitten 4-8 minggu 1/2 biji
Kitten 8 Minggu - 3 Bulan 1 Biji
3 - 6 Bulan 3 biji
6 - 10 bulan (tempoh penting untuk tumbesaran) 6 biji
10 Bulan dan ke atas 3 biji




2. Orijen cat food 400gram RM 17

Kat Petshop mesra je ada brand ni..mahal bro..mahal dari Royal Canin..so terpaksa beli pack 400g untuk testing..ni dry food terbaik selain dari Innova EVO yg mahal gak.. Orijen ni grain free..maksudnye takde jagung,gandum,soya yang sememangnya tak patut ada dalam diet seekor kucing!! Orijen ni ada 75% daging 25% lagi non-grain vegetable/plants. Tuan aku kasi test sikit..hmmm..aku ambik bau..then aku blah..EVO tadi atleast aku makan sikit..hahaha..adeii..mahal macam mana pun royal canin,orijen da Evo ni..kalo aku tak nak makan..tak habis gak..so tuan aku pun mix la RC dgn orijen sebab taknak membazir..nanti kita tengok hasilnya..



3. Vita cat wet food 3 tin RM 4.80 satu = RM 14.40

Vita cat adalah satu-satunya pengeluar makanan kucing yang Halal (made in Malaysia).
Untuk makanan dalam tin ni..secara puratanya harga untuk makanan dalam tin adalah 3-4 ringgit untuk jenama seperti Whiskas,friskies,slappy tom, Frisian, dan lain-lain. Untuk yang premium lak, RM 7.50 untuk A/D Hill (ada pork) tp kucing memang suka.. dan rm4 untuk Fancy Feast (tin kecik je weii mcm A/D Hill).

Ok..untuk brand slappy tom,whiskes,friskies, frisian tu semua ada meat/fish dgn JELLY.so sbenarnya kucing makan jelly lebih dari ikan atau daging..

Vita Cat wet food ni 100% ikan makerel..takde jelly ok? so tuan aku beli la nak bagi aku makan.. yeap..memang sedap..400g setin sangat banyak untuk aku habis kan dalam satu masa.



So hari ini tuan aku berhabis RM 50.40..gila lah demi aku..hahaha
Jumlah perbelanjaan setakat ini RM281 untuk barang aku saja..pokai la tuan aku..hahaha

Wednesday, July 21, 2010

Dada ayam..

Tuan aku tak habis2 pikir camne nak bagi aku gemuk..dia tak habis2 browse kat internet..baca forum itu la..ini la...

So hari ni dia rebus dada ayam separuh masak..

YUMMY!!! memang sedap..habis aku makan..

Tuesday, July 20, 2010

Mandiii..yeahh

Hari ni aku mandi untuk kali pertamanya.. sejukkkkkk..
Aku pakai syampu murah dari DAISO..tapi ok la..lembut bulu ku

Monday, July 19, 2010

Susu?

Yeah..aku mengaku..aku ni makan sikit..memilih lak tu..bila la aku nak gemuk..owh..lupa berat badan aku sekarang 1kg je.. tuan aku risau..hahahaha

Dia pun pergi makan tengah hari dekat Seksyen 7 Bangi. Lepas habis makan dia singgah ke World of Pet. Tup tup..dia beli something..hahaha

1. Benjy v-milk for cat RM 9
2. Whiskay junior for kitten RM1.20



Susu lebih kurang macam ni la..brand je lain, ni Nicky.. Nicky kalau beli dkt pasaraya bintang kajang, RM 7.50 je...

Hari tu aku makan wet food..ok la..takde la sedap sangat..tp aku habiskan la..
Susu? uwekkk..ingat aky budak kecik lagi ke (padahal ye pun..aku baru 2 bulan lebih).. aku minum ala kadar..lepas tu aku blah..

Susu dah tak perlu dah untuk anak kucing umur 2 bulan ke atas..dengar ye semua!!

so hari ni dia habis RM10.20

Sunday, July 18, 2010

Haaaachuuuu!!!

Tuan aku tak habis2 bersin..sebab bulu aku kot? so dia pun keluar jalan-jalan sekitar bangi je..

Mak aih..dia singgah Seng Heng..siap beli Air Purifier tu...

SHARP Air Purifier Model Fu-Y28E-W RM 259 (Harga promosi - kalau tak RM399)



Benda ni boleh tapis udara yang ada partikel seperti habuk,debu,bulu,rambut.
So tuan aku dah tak bersin.hehehhe

Hari ni dia spend RM259

Saturday, July 17, 2010

Windows Shopping la konon!!

Tuan aku keluar ke kenduri kawan dia kat Putrajaya, selepas itu dia pergi IOI Mall puchong. Katanya hendak ke Daiso (RM5 Store). Sana maybe ada barang-barang untuk aku dengan harga RM5 sahaja.

So dekat DAISO dia beli:

1. Syampu Kucing Daiso RM 5
2. Fur Remover (buang bulu kucing melekat dkt baju) with 2 refill RM 10
3. Mangkuk makanan seramik RM 5
4. Sikat kucing RM 5

Windows shopping la sangat!!

Lepas tu dia singgah Bandar Puteri Puchong (Pets2u) dan beli:

1.Hagen CatNip Spray RM 17.90
2.Percell Cat Tree RM 73

Hagen Catnip spray ni untuk disembur ke tempat-tempat yang kucing tak suka then jadikan tempat tu tempat favourite kucing!!



So tuan aku spray kat cat tree, ball, dan tempat tidur aku.Hahaha..yes aku pergi ke cat tree dan aku sentuh bola tu..tapi..aku tak tidur kat katil aku.hahaha



So hari ni tuan aku spend RM 115..padan muka!! windows shopping la sangat!!

Friday, July 16, 2010

Kutu oh Kutu

Hari ni tuan aku bawak aku keluar jalan-jalan. Guess what? kami singgah ke pet shop kelahiran aku. Aku berjumpa dengan kawan-kawan aku. Sampai disana aku diberi makan Royal Canin Kitten wet food (tuan aku belanja).

Royal Canin Kitten Instinctive RM 3 sepaket



Kami pun pergi melawat Mesra Pet Shop dan vet dekat sana cakap aku ada kutu. Dia suggest aku di rawat. Sebelum pergi ke pakcu petshop tuan aku beli bola untuk aku.

Bola plastik RM 3

Aku dirawat menggunakan Frontline spray (kalau beli RM 37.90 100ml)



Aku tak boleh mandi atau kena air dalam masa 48 Jam

Thursday, July 15, 2010

Nama aku Haagen

Hello pembaca semua, ini entry first aku.. So aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Haagen, mak aku dari spesisNorwegian Forest Cat, bapak aku lak dari spesis British Short Hair..so aku kira mix la.. tapi aku ni bukan jenis pedigree (ada cert), orang kucing panggil spesis aku ni Domestic Long Hair (DLH). Aku di lahirkan di Pakcu Usual Pet Shop pada 1 Mei 2010.

Adoption

Pada 15 Julai 2010, tuan baru aku ambik aku sebagai anak angkatnya.
Katanya sebagai pengganti Shiro yang telah mati

So pada petang itu, aku ada rumah baru.yeahhhh



Sebelum aku balik, aku diberi vaksin pertama aku.

Vaksin: Fel-O-Vax IV Cat (feline) Vaccine RM 35



Masa aku berada di petshop, aku diberi makan Blackwood for kitten. Tetapi tuan baru aku beli Royal Canin Babycat 34 sebagai santapan. Premium food? ye kot..

So royal canin babycat 34 2kg RM 79.40




Untuk membawa balik aku, tuan baru aku membeli beberapa barang lain seperti.

1.Litter box and scoop RM 28
2.Fussy Cat little sand RM 22
3.Bekas makanan FOC
4.Mainan FOC

Aku pun tinggal dirumah baru ku..Home sweet home..!!