Thursday, April 28, 2011

Aku dah jadi ibu

yeahuuu..

26 April 2011 pukul 430 pagi..aku dah selamat menjadi ibu kepada 5 ekor anak yang comel..nanti aku akan tunjuk gambar anak-anak aku

Friday, April 15, 2011

Ini suami aku jebat

Aku akan jadi ibu

Hi semua,

lama betul aku tak update blog ni..Maklumlah aku dan tuan aku sangat busy.
Tuan aku dah kahwin dan kami dah pindah ke rumah baru. Rumah baru tiada internet, so susah la nak update blog.

Sekarang aku dah berbadan 3,4,5 atau 6? Suami aku dari keluarga Maine Coon, namanya Jebat. Nanti aku upload gambar suami aku.

sekarang aku memilih sangat kalo nak makan..aku prefer ayam atau ikan rebus..blackwood aku tak pandang sangat..kitzyme pun aku kurang makan.. nutripet pun tuan aku paksa aku makan.

Aku dah sarat..dalam bulan ni aku akan bersalin..

tungguuuuu

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada tuan aku dan seluruh umat islam.

Hari ni aku pergi Klinik untuk follow up kes fungal aku. Doktor cakap ada improvement!!
Dan berat badan aku dah naik dari 1.3kg ke 1.5kg..berkesan vitamin tu.

Seperti biasa, tuan aku memang tengah sengkek..then vet bil kena RM21..masalahnya klinik tu terima kad kredit untuk pembelian Rm50 dan ke atas..

Maka tuan aku terpaksa beli apa2 untuk cukupkan RM50. Dia beli kitzyme conditioning Table 300pcs.

Harga: RM 39.90

Sebenarnya untung kalau beli yang besar terus.

100pcs RM 19.90

300pcs RM 39.90

600pcs Rm 65.50

ok..kita mulakan pengiraan..

100pcs = 19.90
kalau beli 3 kali = 59.70
kalau beli 6 kali = 119.40

300pcs = 39.90

kalau beli 2 kali =79.80

Good buy kalau terus ambik 600 pcs dgn harga RM 65.50 je!!

So hari ni tuan aku habis RM 61.90

Sunday, August 1, 2010

Kejam nye



Kejam sungguh manusia sekarang..lepas tendang boleh gelak lak.. kucing nampak macam ok je, dia lari lepas terpelanting dkt dinding.Apa agaknya yang berlaku kat kucing tu? sb kucing selepas dilanggar atau tercedera, ia akan lari dengan laju mencari tempat yang selamat sebelum ia mati atau rebah.

Saturday, July 31, 2010

Aku makin berselera!!

Semalam aku habiskan wet food aku dan aku juga makan sikit dry food aku. Hmm..aku makin berselera. Aku rasa Liv.52 Vet liquid, Kitzyme dan Lysine syrup yang aku makan dan membuahkan hasil

Wednesday, July 28, 2010

Tutorial: Merawat fungus

ni entry tuan aku..aku tak masuk campur..hahahaha

http://jareycatlovers.wordpress.com/2009/04/10/merawat-jangkitan-fungus-pada-kucing/


Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?
Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman Jarey, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..

Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Jarey menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).



Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)

Cara menggunakan :
- Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
- Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
- Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, Jarey mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.



Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kesimpulan :
Berikut adalah antara langkah2 alternative bagi anda yang mempunyai masalah untuk merawat fungus berdasarkan pengalaman Jarey.

Walau bagaimanapun cara anda merawat fungus pada kucing, Jarey tetap berpendapat adalah lebih baik sekiranya kucing anda setiasa bersih dan dijaga rapi dari sebarang kuman dan kotoran.. kerana ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’ betul tak???